Pekan George

Pekan George

Papan tanda pertama yang saya lihat ketika melintasi jambatan panjang Pulau Pinang, Pekan George ditulis dalam perkataan Inggeris, Georgetown.

Saya menuju ke pekan George untuk bermalam hari ini. sepanjang perjalanan, banyak bangunan baru dibuat dan juga bangunan lama dari zaman penjajah British, bangunan lama terlihat klasik dan masih kukuh berdiri, mungkin menggunakan bahan berkualiti. sampai di pekan George, saya mendaftar masuk ke hotel, kemudian saya berjalan keluar untuk mencari makan.

Tidak jauh dari hotel, saya terlihat sebuah kedai makan kecil dan beberapa orang sedang beratur menunggu giliran. Saya mendekati kedai kecil ini dan menjenguk dekat susunan lauk dan pauk, ada kacang bendi rebus, ada nasi, ada ikan goreng,  ayam goreng, dan ada beberapa jenis kuah kari yang dicampukan ke dalam nasi. Kedai makan kecil ini terlihat seperti pilihan warga pekan George,  saya berundur untuk turut serta beratur di barisan paling belakang, ketika menunggu giliran sampai, mata saya melihat ke arah papan tanda kedai makan kecil ini, tulisan bertulis “Restoran Nasi Kandar Beratur”.

Selesai makan, saya berjalan kaki berkeliling di pekan George, mencari kedai basuh pakaian layan diri sendiri, pakaian semalam yang saya basuh belum sempat dikeringkan, saya mencari mesin penggering supaya pakaian saya dapat dikeringkan dalam tempoh kurang 30 minit.

Pakaian saya sudah kering, perut sudah kenyang, saya ada lebihan masa dan tenaga untuk berjalan kaki berkeliling di pekan George, pekan ini cantik, ini pekan sejarah, tinggalan dari penjajah lama. pekan ini masih dijaga dengan baik, bangunan yang rosak banyak yang dibaiki, ada yang dijadikan café, ada yang dijadikan kelab hiburan malam dan ada yang dijadikan hotel atau hostel pengembara murah. 

Tetapi ada satu yang saya belum bertemu di pekan ini, saya masih belum bertemu dengan George.  siapa George? di mana George? masih hidup atau telah pergi?, Saya berhenti di sebuah café untuk menghirup kopi di pekan George. Saya bertanyaan tentang George ke perempuan muda pelayan café, pelayan café hanya tersenyum, mengambil talifon bimbit saya dan membuka sesuatu, pelayan cafe ini menunjukkan kepada saya bahawa George sekarang berada di dalam Google.

Leave a comment