
nama saya saloma bt Ismail saya merupakan ibu kepada 3 orang putra saya berasal dari negeri pantai timor iaitu kelantan saya mai pulau pinang sudah 30 .tahun yang lalu ,saya berkerja kilang nikko eletronik kat perai dgn syarikat jepun selama 20 tahun selepas itu kilang bankrap saya beraleh arah berkerja dgn company edwin sebagai promoter selama 10 tahun dan selepas itu saya bekerja pula dgn syarikat anglo sebagai leader.saya jaga oulet penang ,butterworth,alorsetar,dan ipoh selama 6 tahun selepas itu company bagi offer saya ambil offer itu buat meniaga.
saya mula meniaga pada tahun 2014 dengan modal sebanyak rm5000 dengan nama syarikat SI saloma Enterprise,nama kedai saloma selera pantai timor ,dari situ lah bermulanya perniagaan saya saya membuka kedai menjual nasi kerabu,kuih akok,laksam dan,saya juga ada membuat produk sambal lada ready to eat cili pedas , sambal cili pedas boleh dimakan dengan nasi,bihun goreng,mee goreng,kuetiau goreng, boleh juga masak ayam masak pedas,telor masak pedas,sotong masak pedas. produk sambal saya ni saya jual kepada orang ramai ,masuk event,hantar kekedai dan jual melalui on line kedai saya juga mengadakan secara food panda dan grab food kedai saya buka setiap hari dari pukul 9 pagi sampai kul 6.30 petang
saya seronak dengan perniagaan saya ini dan saya ingin meluaskan lagi perniagaan saya ini dengan membuka cawangan lagi .saya berharap perniagaan saya ini berkembang dengan jayanya..dengan perniagaan ini saya dapat membantu orang yang tak ada pekerjaan mengambil sebagai bekerja saya,
Ini lah serba sedikit pengenalan diri saya dan perniagaan saya terima kasih..
