HAZRIL BIN HASSAN

Pada tanggal 4 Julai 1982, lahirlah seorang insan bernama Hazril Bin Hassan.Tempat kelahiran di negeri Pulau Pinang , Pulau Mutiara.Saya mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara.Saya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR.Seterusnya melanjutkan pelajaran ke SMK Al-Mashoor ( Lelaki ). Alhamdulilah,Keputusan SPM juga cemerlang.Maka Bermulalah Fasa kedua dalam kehidupan remaja saya.
FASA 2
Fasa Kedua dalam kehidupan saya,perlbagai dugaan bermula.Badai dan taufan mula bertiup kencang.Dari satu Universiti ke satu universiti.Akhirnya saya semua dugaan di hadapi dengan bantuan Allah.Saya telah berjaya mendapat ijazah dalam Sains Sukan.Mula Mengenali isteri saya pada umur 23 tahun dan mendirikan rumah tangga pada umur 25 tahun.
Rezeki Allah
Rezeki Allah Maha Besar.Episod baru dalam kehidupan berumahtangga.Dikurniakan 2 anak yang sangat comel.Benar kata Allah,kebahagian diberikan dalam pelbagai cara,walaupun kami bukannnya kaya.Tapi kami kaya dengan kasih sayang.saya mendapat pekerjaan di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.Hampir 2 dekad saya mencurahkan bakti kepada negeri tercinta.
Langit Tak Selalunya Cerah
2020 tahun dugaan.Pendemik Covid-19 hampir melumpuhkan banyak sektor.Begitu juga dengan saya.Saya direhatkan dari bekerja dan termasuk gaji juga berehat.Hati saya sangat sedih,kebahagiaan yang dibina hampir diragut.Wajah anak sentiasa terbayang di mata.Bangkit Hazril.Bangkit untuk terus membesarkan anak-anak.Dunia belum berakhir.Redha dengan ketentuan Allah.Allah maha mengetahui.Ketika saya menaip.Air mata hampir menitis.Mungkin bingkisan ini akan di baca semula di hari kejayaan saya nanti.Saya optimis.Anak-anak punca kekuatan.
Hujan Mungkin Reda
Doa sentiasa ditadah.Tanggal 14 Disember, saya menyertai satu kursus yang mampu mengubah hidup saya.Usaha tetap di kerah,Insyallah Allah mampu mengubah nasib aku.
