ALMAZ

Jom travel bersama saya.

Salam perkenalan dari saya buat semua. Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT. Terlebih dahulu saya perkenalkan nama saya adalah Maziah dari Pulau Pinang Malaysia. Saya adalah seorang yang suka travel, peramah, hardworking, bertanggungjawab dan sebagainya. Jom berkenalan dengan saya sekarang.

Sahabat semua boleh share tempat-tempat lawatan yang telah sahabat jelajah dan kita boleh berkongsi pendapat serta informasi yang berlainan untuk kita lebih mengenali ciptaan Tuhan yang luas ini.

Pada masa yang sama juga, kita boleh memberi pendapat tempat-tempat lawatan yang ada keunikan sendiri kerana ada yang mungkin belum lagi melawati tempat-tempat itu. Mungkin suatu hari nanti kita dapat melawat tempat-tempat lain bersama.

Sebelum saya suka travel, saya adalah seorang pekerja biasa di syarikat perusahaan kilang di Pulau Pinang. Saya telah bekerja kilang selama 21 tahun. Banyak pengalaman bekerja di sektor ini. Selepas sekian lama bekerja makan gaji, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membuka syarikat sendiri yang diberi nama Almaziah Mobility Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 23bh Julai 2014.

Alhamdulillah, dengan adanya syarikat ini, saya lebih mengenali budaya setiap negara di dunia ini. Banyak lagi negara yang saya perlu terokai dan saya ingin menerokai negara-negara luar bersama sahabat semua.

Sekali lagi saya mengajak sahabat semua untuk bersama kita terokai dunia tanpa sempadan ini.

Whatsapp No: +6019-499 2769

Leave a comment