
Assalaamualaikum..haii
Saya kak Zira (KZira) berasal dari Perlis, kini menetap di Penang. Pendidikan.. diploma je. Pengalaman kerja dalam bidang “purchasing” selama 20 tahun. Pilih untuk berhenti kerja secara sukarela untuk tumpukan perhatian pada keluarga. Nikmat sangat bila dah dapat pangkat menteri rumah tangga…ouchhh ๐๐
Kira merancang, tapi Allah juga merancang sesuata yg terbaik utk hambaNya (ingat tu zira ๐). Sedikit perasan utk bertukar penampilan kpd tudung yg lebih labuh (Allah jentik sikit je ๐ญ) menjadi impian kzira. Bermula lah kzira tawaf kedai dan butik tudung labuh utk cari tudung yg kzira hajati. Tapi hampa, sebab tak dapat tudung yg menepati citara kzira.
Jadi dapat ilham utk nak jahit sendiri je, so apalagi..kzira pun pi lah berguru. Selepas berguru yeayyy…kzira dah boleh jahit tudung yg kzira suka, nak labuh mana, nak fesyen apa, semuanya sendiri jahit sendiri pakai..Alhamdulillah..semakin hari semakin dapat diperbaiki mutu jahitan sehingga lah ke tahap yg selesa. Dan..dann…hampa tau lah kan..bila kzira pakai tudung2 yg kzira jahit sendiri, adik-beradik, kawan2 yg tengok depa suka, minat dan tempah. Eh terlupa nak bagitau, masa tu mesin jahit hanya sebiji saja tauu..eh sebiji ke sebuah eh?๐ hah..ikut lah ye ๐. TQ to my imam, belanja mesin jahit..luv u bebeyh๐
okeyhh..nanti ada masa kzira sambung story eh..stay tune
sayang semua ๐
